Tangani kesunyian warga emas di bandar - Hannah Yeoh
Keperluan sosial warga emas yang berasa kesunyian di ibu kota akan dibantu kerana mereka malu untuk tampil berkongsi perasaan itu berbanding mereka yang menetap di kampung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, lokasi perumahan menjadi antara faktor golongan itu tidak dapat bergaul dengan jiran sebaya mereka.