Warga Ipoh bangga kejayaan Michelle Yeoh
Kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah paling gemilang dalam kerjaya seninya apabila ditabalkan sebagai pelakon wanita terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (OSCARS 2023), turut membanggakan warga tempat kelahirannya, Ipoh.
Menurut mereka, kejayaan itu bukan sahaja mengharumkan nama malaysia, malah mampu melonjakkan nama perak, khususnya Ipoh.