Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar susulan keadaan jerebu. Seri Paduka Baginda bertitah sekolah di kawasan terjejas wajar ditutup sekiranya bacaan IPU antara 150 hingga 180 direkodkan secara berpanjangan.