'Tidak sah, bercanggah perlembagaan' - MB pertahan barisan Exco Negeri Sembilan
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan, mana-mana tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan rasmi daripada Menteri Besar adalah tidak sah, tidak berperlembagaan, serta tidak mempunyai sebarang kuat kuasa undang-undang.