Tiga pelajar sekolah di Filipina maut ditembak, dendam suspek akibat dibuli jadi motif - Polis
Tiga pelajar maut manakala tujuh lagi cedera selepas dua pelajar berusia 15 dan 14 tahun melepaskan tembakan di sebuah sekolah di Tacloban City, Filipina pada Isnin.
Menurut pihak polis, tiga mangsa cedera akibat terkena tembakan, manakala empat yang lain cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam keadaan panik.