13 maut, bas pekerja lombong terjunam gaung di Yakutia
Sekurang-kurangnya 13 pekerja lombong maut manakala 20 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung sedalam 25 meter di Yakutia, Rusia awal pagi Isnin. Nahas dipercayai berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan sebelum terbabas di jalan industri milik Loji Perlombongan dan Pemprosesan Denisovsky.