Aidiladha | Berarak lambang semangat ukhwah
Lebih 700 peserta daripada masjid, surau dan penduduk sekitar Kampung Patingan di Kuching memeriahkan sambutan Aidiladha dengan mengadakan perarakan secara beramai-ramai.
Peserta dari pelbagai peringkat umur daripada tujuh kontinjen berarak sambil bertakbir sejauh 3.6 kilometer berhiaskan sepanduk led bertemakan Aidiladha.