Skip to main content
Advertisement
AWANI Pagi: Konvensyen DAP | Ujian kepimpinan, strategi & masa depan PH

AWANI Pagi: Konvensyen DAP | Ujian kepimpinan, strategi & masa depan PH

DAP bakal mengadakan konvensyennya bulan ini, dalam perkembangan politik yang cukup menarik untuk diperhatikan, khususnya ketika parti-parti politik mula memperkemas strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Persoalannya, apakah mesej yang mahu disampaikan DAP menerusi konvensyen kali ini? Adakah parti itu mahu mengekalkan pendekatan sedia ada, atau melakukan perubahan strategi bagi memperluas sokongan, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi Melayu?

Pada masa sama, sejauh mana kedudukan DAP dalam kerajaan MADANI akan mempengaruhi strategi politiknya selepas ini, termasuk hubungan dengan PKR dan parti-parti komponen lain?