AWANI Pagi: Inovasi UMS - Dari Makmal Ke Industri, Cipta Penyelesaian Masa Depan
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan dua produk inovasi daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu EasyDraw yang merupakan teknologi pengambilan sampel darah ikan lebih pantas dan selamat serta MicroForest yang merupakan teknologi hijau perkasa pemuliharaan alam sekitar.