AWANI Pagi: Syed Saddiq bebas, MUDA hidup semula?
Syed Saddiq bebas! Adakah ini kebangkitan semula Parti MUDA atau sekadar ‘comeback’ bersifat sementara? Kami bawakan Ainie Haziqah, Setiausaha Agung MUDA dan Dr Mohammad Tawfik Yaakub, Penganalisis Politik Universiti Malaya, untuk membedah hala tuju sebenar parti, kebergantungan terhadap figura pengasas, dan apakah MUDA mampu jadi lebih besar daripada Syed Saddiq.