Banjir: Situasi makin pulih di tujuh negeri
Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri terus catat penurunan ke 10 ribu 398 orang setakat 6 pagi Sabtu berbanding lebih 31 ribu orang awal pagi semalam.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.