Bekalan Air Mentah | Perak tegas tidak mampu bantu negeri lain
Kerajaan negeri Perak kekal dengan pendirian untuk tidak membekalkan air mentah kepada negeri lain seperti Pulau Pinang, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Saarani Mohamad.
Katanya, ini kerana bekalan sumber air mentah di negeri itu hanya mencukupi untuk penggunaan sektor seperti pertanian, industri dan penjanaan tenaga elektrik.