Bernie Sanders peroleh penggal keempat di Senat AS
Senator bebas Bernie Sanders dari Vermont, Amerika Syarikat menewaskan pencabar dari Republikan, Gerald Malloy bagi memperoleh penggal keempat di Senat AS.
Senator progresif berusia 83 tahun itu akan meneruskan kerjaya di Washington, memulakan penggal baharu selama enam tahun mewakili negeri terbabit.