Bilateral | China utamakan kerjasama dengan Malaysia tangani inflasi
China akan terus memberi keutamaan dalam meningkatkan kerjasama dengan Malaysia terutama bagi menangani cabaran semasa seperti inflasi global dan keselamatan makanan yang dihadapi kedua-dua negara ketika ini.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu dikongsikan oleh Menteri Luar China Wang Yi ketika kunjungan hormatnya pada Selasa.