Calon DUN Kiulu rebah ketika penamaan
Calon Parti Kebangsaan Sabah bagi DUN Kiulu, Dusi Gingging, rebah semasa proses penamaan calon dan dikejarkan ke Hospital Tuaran untuk pemeriksaan lanjut. Keadaan beliau belum disahkan. DUN Kiulu menyaksikan saingan lapan penjuru pada PRN Sabah ke-17.
