COVID-19 | Lebih banyak bandar di China diketatkan sekatan
Shanghai melaporkan jumlah tinggi kes COVID-19 bergejala pada Sabtu manakala kawasan lain di seluruh China kawalan diperketat bertujuan menghapuskan varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.
Zon ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou, kawasan pembuatan China tengah yang termasuk pembekal Apple mengumumkan penutupan 14 hari pada jumaat "untuk diselaraskan mengikut situasi wabak".
