Cristiano Ronaldo catat rekod 100 gol bersama 4 kelab berbeza!
Cristiano Ronaldo menjadi pemain pertama dalam sejarah bola sepak dunia menjaringkan 100 gol kompetitif bersama empat kelab berbeza — Al Nassr, Real Madrid, Manchester United dan Juventus — selepas golnya dalam final Piala Super Saudi menentang Al Ahli.