Cukai nikotin jauh rendah berbanding beban kos rawatan pesakit
Sebanyak enam kes kecederaan paru-paru serius berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape, dikenali sebagai E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI), direkodkan sejak Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dikuatkuasakan pada 1 Oktober tahun lalu hingga September lalu.
