Dua lelaki didapati bersalah rancang serangan Daesh di England
Dua lelaki didapati bersalah pada Selasa atas pertuduhan merancang serangan bersenjata besar-besaran yang diilhamkan kumpulan Islamic State (IS) dengan sasaran membunuh ratusan anggota komuniti Yahudi di England, dalam satu rancangan yang menurut pihak berkuasa berpotensi menjadi antara serangan pengganas paling dahsyat dalam sejarah Britain.
