Dua lelaki warga emas maut langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi
Dua lelaki warga emas maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini menghala Seremban, awal pagi Selasa.