Dua warga Malaysia parah disimbah cecair di Bangkok
Dua pelancong Malaysia cedera parah selepas disimbah cecair oleh seorang lelaki penganggur dalam kejadian di Jalan Ratchadamri, Bangkok. Mangsa kini dirawat di hospital dalam keadaan stabil, manakala suspek berjaya ditahan orang awam.