Ekonomi Malaysia kekal di landasan pertumbuhan disokong pelbagai faktor positif - Gabenor BNM
Walaupun belum ada kepastian berhubung tarif yang dimuktamadkan, unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2025 oleh BNM yang disemak semula kepada 4.0 peratus hingga 4.8 peratus daripada unjuran awal 4.5 peratus hingga 5.5 peratus telah mengambil kira pelbagai senario, termasuk potensi gangguan perdagangan.