KESUMA kaji pelbagai faktor sebelum pelaksanaan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang meneliti semula had umur minimum persaraan sedia ada dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk jangka hayat rakyat, tahap kesihatan, produktiviti warga emas, keperluan guna tenaga nasional serta kadar pengangguran belia.