Ekonomi | Unjur KDNK pada 5.5%, perlu tangani risiko dalaman
MARC Ratings mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini sekitar 5.5 peratus berbanding tahun lalu.
Bagaimanapun, ketua ekonominya, Firdaos Rosli berkata beberapa risiko dalaman perlu ditangani sebaik mungkin.
Ia termasuk ketikdaktentuan politik dan penyaluran subsidi yang mencecah 20 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan persekutuan.