Gaza dalam keadaan nazak - Presiden MAPIM
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Gaza kini berada dalam keadaan nazak memandangkan hanya berbaki 24 jam sebelum bekalan kuasa terputus sepenuhnya. Perkongsian oleh wakil di lapangan menyatakan orang awam tidak lagi terkorban semata-mata kerana dibom, malahan juga mati kerana tidak boleh diberikan rawatan.