Hentian Duta, adakah akan senasib seperti Hentian Puduraya?
Lokasinya yang cukup strategik, terletak di Jalan Duta, berada pula di tengah-tengah Kuala Lumpur, hentian itu sesak dengan orang ramai sedari dulu. Begitupun, selepas dua dekad, hentian itu seolah-olah terhimpit dengan kepesatan yang menjulang tinggi di kiri dan kanannya.