Skip to main content
Advertisement
ECRL catat masa 85 minit dari Terminal Gombak ke KotaSAS

ECRL catat masa 85 minit dari Terminal Gombak ke KotaSAS

Perjalanan dari Terminal Bersepadu Gombak, Selangor ke KotaSAS, Pahang menerusi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mengambil masa hanya kira-kira 85 minit sehala, perkembangan yang menunjukkan projek itu semakin hampir memasuki fasa operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, catatan itu direkodkan menerusi perjalanan dua hala menggunakan Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL bagi menilai aspek pengujian sistem dan kesiapsiagaan projek berkenaan.