Islamic Relief gesa akses bantuan Gaza tanpa sekatan
Islamic Relief Malaysia menyeru supaya gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sepenuhnya dan akses tanpa sekatan bagi bantuan kemanusiaan dibuka segera. Organisasi itu menegaskan, dunia tidak boleh lagi membiarkan penderitaan rakyat Palestin berlanjutan selepas dua tahun kekejaman yang dinilai sebagai tindakan genosid oleh PBB.