Skip to main content

Advertisement

Israel selar tindakan anggotanya bakar bendera Lubnan

Israel selar tindakan anggotanya bakar bendera Lubnan

Israel menyelar tindakan seorang anggota tenteranya yang membakar bendera Lubnan menerusi sebuah rakaman video yang tular baru-baru ini.

Menurut jurucakap pasukan pertahanan Israel (IDF), Avichay Adraee menerusi hantaran di X, perbuatan itu kononnya tidak menggambarkan nilai IDF dan tidak selaras dengan matlamat operasi ketenteraannya di Lubnan.