Itali mulakan penghantaran udara bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kementerian Pertahanan Itali memulakan penghantaran udara bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Sabtu menerusi misi Solidarity Path Operation 2. Misi itu akan diteruskan dalam beberapa hari akan datang dengan penghantaran tambahan bagi memastikan semua bantuan daripada Kementerian Luar Negeri Itali dan penderma negara itu sampai sepenuhnya kepada penduduk Gaza.