Jamin hak Palestin selamat, merdeka & berdaulat inti perbincangan dengan Trump - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, intipati perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung rundingan damai terkini adalah menjamin hak Palestin untuk hidup selamat, merdeka dan berdaulat.
Menurut beliau, pendirian Malaysia turut bergantung kepada keputusan negara-negara Arab, dunia Islam dan Hamas.