Rakyat Palestin bermandi darah, Trump disambut dengan gah - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) membantah sekeras-kerasnya kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tidak sepatutnya Trump disambut dengan gah di Kuala Lumpur di saat rakyat Palestin sedang bermandi darah dan kebuluran.