Jiwa SME 2025: Platform usahawan tempatan ‘intai’ pasaran global
Program Jelajah Jiwa SME Astro AWANI kembali dengan semangat baharu di Ipoh, Perak sebagai lokasi pertama. Tahun ini, fokus utama adalah memacu usahawan tempatan ke pentas antarabangsa, seiring peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025. Pelbagai inisiatif, bimbingan dan peluang jaringan menanti komuniti perniagaan kecil dan sederhana.