Jumlah korban Gaza meningkat
Jumlah korban rakyat Palestin di Gaza kini melebihi 60,000 sejak konflik meletus pada Oktober 2023. Dalam perkembangan terbaru, Steve Witkoff, utusan khas AS ke Asia Barat, melawat pusat bantuan GHF yang dikritik hebat oleh PBB kerana didakwa menyumbang kepada krisis kebuluran dan kematian penduduk Palestin.