Laksana ops pada waktu puncak bertujuan mendidik
Pelaksanaan operasi pada waktu puncak bukan bertujuan menyusahkan pengguna jalan raya, sebaliknya untuk mendidik orang ramai supaya memartabatkan undang-undang.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur, dilaksanakan sejak Sabtu lalu hingga 31 Julai.