Cuba pendekkan waktu sekolah, laksana langkah kecemasan akibat krisis bahan api & sekatan AS
Cuba melaksanakan pemendekan sesi persekolahan sebagai langkah kecemasan menjimatkan bahan api ketika negara itu bergelut dengan krisis tenaga yang teruk. Sekatan minyak oleh Amerika Syarikat menyebabkan gangguan import minyak, mengakibatkan pengangkutan, elektrik dan operasi sekolah lumpuh. Pelajar sekolah rendah diberi keutamaan hadir ke kelas, manakala pelajar menengah dan universiti mengikuti jadual fleksibel. Cuba kini berdepan blackout berjam-jam, kekurangan makanan, dan kemerosotan ekonomi terburuk sejak era pasca-Soviet. (Sumber: Reuters, CBC, Al Jazeera, France24)