Mahasiswa disaran aktif sertai program komuniti
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Casuarina UiTM Puncak Alam menekankan kepentingan penglibatan mahasiswa dalam pelbagai program seperti kesukarelawanan, kebudayaan dan sukan. Pengalaman yang diperoleh mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan diri serta mendekatkan mereka dengan komuniti di dalam dan luar negara.
