MINDEF buka tender baharu sewa 4 helikopter
Kementerian Pertahanan membuka tender baharu bagi penyewaan empat helikopter untuk Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia selepas pembatalan kontrak terdahulu melibatkan Black Hawk. Tender yang ditutup pada September akan menilai aspek jenis helikopter, usia aset, harga sewaan, jangka hayat operasi dan tahap keselamatan penerbangan sebelum keputusan dibuat.