MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global
Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri Malaysia (MITI) bakal membincangkan berkenaan ekonomi digital, ekonomi hijau, dan integrasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Malaysia ke dalam rantaian bekalan global ketika mesyuarat suruhanjaya ke-7 Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada 15 hingga 16 Julai 2023 di Auckland, New Zealand.