MONSTA bakal terbit Papa Zola Movie 2 jika kutipan cecah RM60 juta
Papa Zola The Movie dijangka mempunyai sekuel sekiranya kutipan box office filem animasi itu mencecah RM60 juta. Setakat ini, filem terbitan MONSTA dengan kerjasama Astro Shaw itu mencatat kutipan RM50 juta dalam tempoh 22 hari tayangan serta merekodkan lebih tiga juta tontonan di Malaysia dan Brunei.
