OP Selamat | Hari kelapan rekod 1,591 kemalangan
Sebanyak 1,591 kemalangan direkodkan pada hari kelapan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara, pada Rabu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 1,891 kenderaan terbabit.