Di sebalik setiap rawatan, ada pengorbanan. Di sebalik setiap kesembuhan, ada dedikasi, ilmu dan komitmen insan bergelar doktor.
Sempena Hari Doktor Malaysia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun, Malaysian Medical Association (MMA) Cawangan Negeri Sembilan menitipkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga perubatan yang tidak pernah berhenti berbakti demi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Kerana menjadi seorang doktor bukan sekadar merawat penyakit, tetapi juga tentang memberi harapan, menyentuh kehidupan dan hadir ketika seseorang paling memerlukan.
To all doctors, thank you for your dedication, compassion and the countless lives you touch. ð€