Dakwaan TH rugi akibat kejatuhan pasaran saham hanya tohmahan
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan dakwaan Tabung Haji mengalami kerugian akibat kejatuhan pasaran saham adalah tidak tepat. Beliau berkata pasaran saham pada 2018 hanya menyusut sekitar enam peratus, manakala pelbagai penambahbaikan tadbir urus telah dilaksanakan bagi memperkukuh kedudukan TH.