PBB gesa AS hormati undang-undang antarabangsa
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan pendiriannya berhubung tindakan ketenteraan Amerika Syarikat di Venezuela. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyatakan kesediaan menggunakan saluran diplomasi bagi menyokong dialog nasional inklusif, sambil mengingatkan semua pihak agar menghormati undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.
