Itali gesa kerjasama antarabangsa bantu selesai isu imigran
Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni pada Selasa menyatakan bahawa beliau akan meminta kerjasama antarabangsa dalam menangani krisis pelarian di negara itu yang dilihat semakin meruncing. Beliau berkata, isu kemanusiaan itu dilihat semakin teruk dengan kedatangan ramai pelarian dan menyifatkan ia satu bentuk penghambaan.