Pelaburan Infineon kukuhkan Malaysia sebagai hab semikonduktor global, cipta 1,500 pekerjaan
Kini, potensi itu telah menjadi realiti! Infineon Technologies, gergasi semikonduktor dari Jerman, telah memulakan tambahan pelaburan sebanyak RM30 bilion untuk pembinaan kilang 200mm Silicon Carbide (SiC) Power Fab terbesar di dunia di Kulim Hi-Tech Industrial Park, Kedah. Fasa pertama kilang ini bukan sahaja sudah siap, malah telah mula beroperasi.