MALAYSIA
Bantuan musim tengkujuh pekebun kecil diteruskan tahun ini - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan pada Majlis Apresiasi Program Tuisyen Rakyat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini sebagai usaha membantu pekebun kecil yang terkesan akibat ketidaktentuan cuaca, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
- Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) diteruskan tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM264.91 juta, memanfaatkan lebih 330,000 pekebun kecil di seluruh negara termasuk FELDA dan LIGS.
- Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan BMT sebagai -talian hayat- kepada pekebun kecil yang terjejas akibat cuaca tidak menentu, selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI membela masyarakat luar bandar.
- BMT bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga intervensi dasar luar bandar yang mengiktiraf peranan pekebun kecil sebagai nadi industri negara.
"Inilah wajah sebenar keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap pekebun kecil yang menjadi nadi kepada industri negara," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Program Tuisyen Rakyat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi RISDA Manndzri Nasib.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ketidakstabilan harga komoditi dan cuaca yang tidak menentu saban tahun memberi tekanan kepada pekebun kecil dari segi hasil dan pendapatan.
Justeru, beliau berkata sokongan seperti BMT merupakan satu bentuk intervensi penting dalam dasar pembangunan luar bandar, yang bukan sahaja berfungsi sebagai sokongan ekonomi malah sebagai pengiktirafan kepada keringat pekebun kecil.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami