Pembahagian kerusi DUN perlu ikut prinsip ditetapkan - DAP
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi PRN di enam buah negeri perlu diputuskan mengikut prinsip yang telah disetujui menerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Rundingan akan dilakukan untuk kerusi yang tidak dimenangi sama ada oleh PH atau BN.