17 Kerusi DUN asas kembalikan satu pertiga kerusi Parlimen
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kelewatan proses persempadanan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bukan sahaja menjejaskan hasrat menggunakan 17 kerusi baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, malah boleh melambatkan usaha menambah kerusi Parlimen bagi mengukuhkan kedudukan Sarawak dan Sabah di Dewan Rakyat.