Skip to main content
Perbuatan Khianat | Polis buru lelaki gunting Jalur Gemilang

Perbuatan Khianat | Polis buru lelaki gunting Jalur Gemilang

Polis sedang memburu seorang lelaki yang melakukan perbuatan khianat dengan menggunting Jalur Gemilang yang dipasang di tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan, setakat ini tiada laporan dibuat oleh mana-mana individu berhubung kejadian tersebut.